Ads 468x60px

Jumaat, 13 Jun 2014

Piala Dunia Datang Lagi !




Assalamualaikum & salam sejahtera.

Demam piala dunia kini telah bermula. Mana tidaknya, ianya semusim dengan keadaan sekarang iaitu musim batuk dan demam. Tetapi demam Piala Dunia ini suhunya

lain macam sikit.

Semua sedia maklum, perlawanan sulung diantara tuan rumah Brazil menentang Croatia telah mengundang suhu yang memuncak. Walaupun ianya adalah baru perlawanan permulaan, namun aksi di padang mengundang kritikan kebanyakan peminat bolasepak di seluruh dunia. Wakil dari Jepun, pengadil yang dipertanggungjawabkan mengendali perlawanan itu telah dikecam hebat. Antara keputusan kontroversi adalah sepakan penalti yang diberikan kepada tuan  rumah. Namun itulah bolasepak, tidak lari dari keputusan kontroversi pengadil.








Untuk perlawan pembukaan ini tidaklah mengecewakan. Dan yang paling menariknya adalah gol Croatia dijaringkan oleh pasukan Brazil yang merupakan gol pertama bagi kejohanan kali ini. Walau apa pun, suhunya baru bermula dan yang pasti suhu ini akan terus meningkat dari perlawanan ke perlawanan seterusnya.

Untuk kita yang menonton ni, Sukan bolasepak adalah hiburan dan jangan pula kita lupa perkara yang wajib serta usah kita hampiri gejala yang tidak sihat. Cuma, Pasukan Malaysia bila lagi ??





0 ulasan:

Catat Ulasan