Ads 468x60px

Sabtu, 26 Disember 2009

Jom Masak : Kue Tiau Goreng Kerang

-->
Bahan-bahan :

1 bungkus kue tiau
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan kerang  (yang telah di asing dari kulit )
2 ulas bawabg putih ( ditumbuk hancur )
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap cair
2 sudu kicap masin
2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu maka minyak bijan
2 biji telur
1 ketul tauhu ( yang dilenyek-lenyek dengan garfu )
2 genggam taugeh
4 hehai daun kucai ( dipotong )
Sedikit bahan perasa
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak untuk manumis

Cara Memasak :

1) Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan cili kisar, tumis seketika.
3) Masukkan kerang dan goring sekejap.
4) Masukkan kue tiau, kicap manis, kicap masin, sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan. Kacau  rata.
5) Alihkan kue tiau dari bahagian tengah kuali ( menjadi seperti bentuk donat ) dan masukkan sedikit minyak untuk menggoreng telur. Timbuskan telur tadi dengan kue tiau tadi. Kacau rata. Kemudian taburkan tauhu yang dilenyek tadi dan dikacau rata.
6) Masukkankan taugeh dan daun kucai. Kacau seketika. Tutup api dan taburkan sedikit lada sulah. Hidangkan bersama cili jeruk.


0 ulasan:

Catat Ulasan